Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN SELANGOR MURKA KES TABUNG MASJID DICURI

DALAM NEGARA

SULTAN SELANGOR MURKA KES TABUNG MASJID DICURI

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan rasa murka terhadap pelaku yang tergamak mencuri hasil sumbangan dan sedekah orang ramai untuk kesejahteraan umat Islam di kariah tersebut. 

Gambar ARKIB.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita berhubung kejadian kecurian tabung masjid di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan rasa murka terhadap pelaku yang tergamak mencuri hasil sumbangan dan sedekah orang ramai untuk kesejahteraan umat Islam di kariah tersebut. 

Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa mencuri adalah perbuatan keji dan merupakan dosa besar khususnya apabila melibatkan kebajikan untuk golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim.

Baginda juga menzahirkan kekecewaan terhadap pihak pengurusan Masjid Tengku Ampuan Jemaah kerana tidak melaporkan kejadian itu secara rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sultan Sharafuddin bertitah supaya pengurusan masjid mengambil langkah-langkah pencegahan awal yang lebih berkesan seperti mengetatkan kawalan keselamatan dan memastikan kamera litar tertutup di masjid itu berfungsi dengan baik. 

“Baginda berharap kejadian kecurian tabung masjid sebegini dapat dibendung dan tidak akan berlaku lagi di mana-mana masjid dan surau khususnya di negeri Selangor,” menurut hantaran itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading