KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. — Bernama
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini.
Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.
Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim, Speakar DUN Selangor Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.
Selangor antara tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang masing-masing mengumumkan pembubarkan DUN pada 28 dan 30 Jun ini.
Selain itu, tiga lagi negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan PRN tahun ini ialah Kelantan, yang akan membubarkan DUN pada 22 Jun, Kedah (28 Jun) manakala Terengganu masih berteki-teki mengenai tarikh sebenar pembubaran DUN.
Susulan perkenan Sultan Sharafuddin itu, ia menyaksikan DUN Selangor yang diterajui PH dibubarkan dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.
Persidangan DUN Selangor yang pertama adalah pada 26 Jun 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.
Selepas PRU14, PH Selangor yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal memerintah negeri itu apabila memperoleh majoriti dua pertiga dengan menang 51 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Mohamed Azmin kemudian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 11 Mei 2018 sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet yang ketika itu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.
PH kemudian menamakan Amirudin yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 dan mengangkat sumpah jawatan pada 19 Jun 2018.
Sepanjang penggal itu, Selangor menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di DUN Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi daripada parti gabungan PH meninggal dunia.
Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH manakala kerusi Semenyih dirampas Barisan Nasional (BN) dalam PRK pada 2 Mac 2019.
Kedudukan terkini DUN Selangor menyaksikan PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam); BN (enam); Bersatu (empat); Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua), manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.