SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 DIAGIH SEBELUM RAYA AIDILFITRI – PM
Beliau sudah meminta Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan untuk menyegerakan agihan tersebut bagi memastikan golongan yang memerlukan menerima bantuan itu dengan cepat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua diagihkan lebih awal pada April sebelum sambutan Aidilfitri.
Katanya, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan untuk menyegerakan agihan tersebut bagi memastikan golongan yang memerlukan menerima bantuan itu dengan cepat.
“Seperti yang disebutkan, STR fasa 1 sudah diedarkan dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion, itu pada bulan Januari lalu.
“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.
“Kita akan keluarkan fasa dua ini untuk golongan B40 mendapat STR,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai penambahbaikan STR berbanding bantuan yang diberikan sebelum ini dan bagaimana kerajaan memastikan sumbangan dapat kepada golongan sepatutunya.
Mengulas mengenai penambahbaikan bantuan STR, Anwar berkata dalam Belanjawan 2023, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan hingga maksimum RM3,100, biarpun Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 masih diagihkan.
“Ada perincian kategori, contohnya (isi rumah) yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, tambahan RM600 daripada peruntukan awal.
“Untuk BKM pula, ibu bapa tunggal mempunyai anak dan warga emas, RM500 untuk ibu bapa tunggal dan untuk warga emas sebanyak RM300,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan kini membuka permohonan baharu untuk STR, dan meminta individu yang layak untuk membuat permohonan segera sebelum 31 Mac supaya pembayaran dapat dikeluarkan pada Ramadan ini.
“Setakat 13 Mac seramai 320,103 orang telahpun mendaftar dan terima,” katanya.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata STR Fasa 1 untuk golongan B40 diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 yang layak, untuk menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih, dengan keluarga dalam kumpulan miskin tegar menerima terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Pingback: Berita Pilihan Terkini Hal Ehwal Islam – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard