SUSPEK DERA KANAK-KANAK PEREMPUAN MILIKI 13 REKOD JENAYAH
KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan di perumahan awam Desa Rejang, Setapak, di sini, memiliki 13 rekod jenayah lampau, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan gambar kesan dera ke atas mangsa. – FB Polis KL
KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan di perumahan awam Desa Rejang, Setapak, di sini, memiliki 13 rekod jenayah lampau, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Beliau berkata rekod berkenaan melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah serta satu rekod dikehendaki polis di Lanchang, Pahang.
“Ibu kanak-kanak itu merupakan seorang mualaf berumur 18 tahun dan telah menetap dengan suspek selama dua bulan.
“Sepanjang tempoh berkenaan, ibu kanak-kanak itu telah dikurung di dalam bilik berasingan dengan anaknya dan dikunci oleh suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Shuhaily berkata kanak-kanak berkenaan agak aktif dan dikurung selepas dipukul akibat membuat bising.
“Hasil pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalannya dan dia memiliki kad pengenalan orang lain.
“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positifi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurut Mohd Shuhaily motif kejadian sedang disiasat dan berdasarkan pengakuan awal, suspek menyatakan memukul kanak-kanak itu kerana selalu membuat bising.
Beliau berkata Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Peraturan 25(2) Akta Pendaftaran Negara 1959 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam, polis telah menahan lelaki berusia 31 tahun itu di sebuah pangsapuri di Taman Kepong Indah, di sini.
Berikutan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.