UMNO ULANGI KOMITMEN TERUS PERTAHAN KERAJAAN PERPADUAN HINGGA AKHIR PENGGAL – AHMAD ZAHID
KUALA LUMPUR: UMNO mengulangi komitmennya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: UMNO mengulangi komitmennya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan, UMNO bersama parti dalam gabungan itu akan terus memastikan kerajaan yang dibentuk ketika ini bertahan sehingga akhir penggal.
“Kita seharusnya merasa lebih yakin tentang keberadaan kita di dalam kerajaan sekarang dan kita mesti mendukung kerajaan sekarang kerana manfaat dan mudarat telah kita perkirakan. Alhamdulillah keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan akan terus memberikan kesimbungan kepada UMNO.
“Bayangkan kalau kita terjerumus dengan puak-puak itu, sejarah kita (UMNO) telah padam. Kini mereka juga telah merancang kononnya bulan depan atau Ogos kerajaan ini akan digantikan, kononnya, jadi UMNO berpendirian terutama rakan dalam Majlis Tertinggi dan Barisan Nasional, kita tetap mempertahankan keberadaan Kerajaan Perpaduan untuk kemantapan politik di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata evolusi politik dunia menyaksikan banyak negara kini membentuk kerajaan pelbagai parti sama ada atas nama kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.
Justeru itu, katanya parti-parti politik yang sebelumnya berseteru dan tidak boleh bersama, kini dilihat berupaya bergabung membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat.
“Dulu lawan tetap lawan, masing-masing membawa haluan, kini kita menjadi kawan, demi kekuatan Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru ahli UMNO tidak merasa apalogetik ketika menyuarakan soal keindukan Islam, Melayu dan Bumiputera kerana pada masa yang sama UMNO tidak pernah meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain di negara ini.
Malah katanya, usaha memperkasa dan menerapkan nilai-nilai Islam tetap menjadi agenda Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara hari ini di samping menghormati kebebasan penganut agama-agama lain.
“Sementara kita melakukan penyesusaian politik berdasarkan realiti politik semasa, termasuklah dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sejak 24 Nov tahun lalu, perkara pokok atau asas yang melibatkan soal Islam, Melayu dan Bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik kita.
“Harapan saya, kesalingan (kerjasama) yang terbentuk ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita. Jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh menguris hati antara kita dan kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.
“Begitu juga dengan kita, elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan saya tegaskan, UMNO bukan political chameleons atau mengkarung politik, kita tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Zahid. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager