Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SUSPEK KES TIKAM SEKOLAH BANTING DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

SUSPEK KES TIKAM SEKOLAH BANTING DIREMAN EMPAT HARI

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme. 

KUALA LANGAT: Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 10 Julai itu dikeluarkan terhadap suspek berusia 15 tahun itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi menerusi pesanan whatsapp.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun tiba di Mahkamah Telok Datok dengan menaiki trak polis pada kira-kira 8.08 pagi tadi sebelum dilihat keluar pada sekitar 9 pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Bapanya ketika ditemui memaklumkan anaknya berusia 15 tahun cedera di bahagian paru-paru selain turut mengalami 16 luka tikaman. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading