Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TABUNG HAJI BERI KERJASAMA PENUH KEPADA RCI

DALAM NEGARA

TABUNG HAJI BERI KERJASAMA PENUH KEPADA RCI

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan ditubuhkan berkait isu-isu organisasi itu berdasarkan lunas-lunas perundangan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, Lembaga TH mengambil maklum serta menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH hasil pengauditan perunding-perunding dari tahun 2014 hingga 2020.

“TH berpendapat bahawa hasil siasatan dan pandangan dari RCI kelak dapat membantu TH menambah baik dari segi pengurusan dan aspek tadbir urus,” jelas TH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Amrin berkata, aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam amat penting bagi memastikan keyakinan dan kepentingan orang ramai terjamin khususnya para pendeposit.

Beliau mengulas, TH sentiasa berusaha dalam melaksanakan proses penambahbaikan terhadap operasi dan urus tadbirnya demi kepentingan para pendeposit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading