Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELURUH MALAYSIA DIJANGKA BERALIH KE FASA DUA PPN AWAL OGOS – TPM

DALAM NEGARA

SELURUH MALAYSIA DIJANGKA BERALIH KE FASA DUA PPN AWAL OGOS – TPM

KUALA LUMPUR: Malaysia diramal beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan dibuat berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus.

Ismail yang juga merupakan Menteri Kanan Pertahan berkata, negeri-negeri lain akan turut beralih ke fasa dua PPN sama seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.

“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

“Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” katanya hari ini.

Peralihan fasa pertama ke fasa kedua bergantung kepada tiga indikator iaitu kes harian COVID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”; dan 10 peratus populasi rakyat sudah divaksinasi sepenuhnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading