ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang merupakan guru sekolah menengah ditemui meninggal dunia di atas sofa dalam sebuah rumah di Taman Ilmu Lendu, di sini, hari ini.
Menurut sumber, guru yang berusia 57 tahun itu sepatutnya menyediakan soalan peperiksaan kepada pelajar tingkatan lima bagaimanapun pelajar-pelajar tersebut musykil kerana guru mereka masih tidak memuat naik soalan dan bertindak memaklumkan kepada guru yang lain.
Katanya, seorang guru lain yang rapat dengan lelaki itu cuba menghubunginya tetapi tidak dijawab sebelum mereka bergerak ke rumah keluarganya di sebuah kampung di Lendu.
Bagaimanapun, isteri lelaki itu memaklumkan suaminya telah keluar rumah untuk ke sebuah lagi rumah mereka di Taman Lendu Ilmu, berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sejak petang semalam.
Memetik laporan Harian Metro, kumpulan guru itu terus bergegas ke rumah berkenaan pada 12.30 tengah hari tadi dan mendapati kenderaan mangsa berada di rumah itu serta pintu pagar berkunci.
“Mereka memanjat pagar sebelum memanggil arwah tetapi tiada jawapan dan mereka mendapati pintu gelongsor tidak berkunci dari dalam manakala jeriji pintu berkunci.
“Sebaik sahaja pintu gelongsor dibuka, mereka amat terkejut apabila melihat arwah kaku di atas sofa di ruang tamu sebelum menghubungi polis dan bomba,” katanya.
Mangsa difahamkan sudah mengajar selama 15 tahun di sekolah berkenaan dan isterinya memaklumkan suaminya sering menyelesaikan kerja berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumahnya di taman itu.
“Isteri arwah memaklumkan lazimnya arwah suaminya pulang pada sebelah malam selepas menyelesaikan kerja tetapi malam tadi arwah tidak balik dan usaha menghubungi telefon bimbitnya tidak berhasil,” kata sumber itu.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penolong Penguasa Bomba, Soon We Kiang berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah telah menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari sebelum bertindak menghantar anggotanya ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba terpaksa memecahkan kunci jeriji sebelum menemukan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia dalam keadaan duduk di atas sofa di ruang tamu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata, anggota polis menunggu Pembantu Perubatan Hospital Alor Gajah yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) memeriksa mayat mangsa sebelum membawanya ke hospital berkenaan.
“Kami masih menunggu laporan bedah siasat dan keputusan ujian calit jenazah berkenaan yang dijangka diperoleh esok,” katanya.
Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi punca kematian mangsa.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager