DIVIDEN KWSP: PENCARUM KONVENSIONAL PERLU SUCIKAN WANG

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam dan belum beralih kepada Skim Simpanan Syariah dinasihatkan agar segera berbuat demikian bagi mengelak kesulitan pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP Profesor Mohamad Akram Laldin berkata, ini kerana pencarum Skim Simpanan Konvensional perlu menyucikan wang yang diperoleh melalui dividen tahunan kerana ia hasil pelaburan yang tidak patuh syariah.
Read more