KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam dan belum beralih kepada Skim Simpanan Syariah dinasihatkan agar segera berbuat demikian bagi mengelak kesulitan pada masa hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP Profesor Mohamad Akram Laldin berkata, ini kerana pencarum Skim Simpanan Konvensional perlu menyucikan wang yang diperoleh melalui dividen tahunan kerana ia hasil pelaburan yang tidak patuh syariah.
“Contohnya kalau dividen yang diperoleh ialah RM1,000 dan pendapatan tidak patuh syariah 69 peratus, maka hendaklah dikeluarkan 69 peratus daripada RM1,000 iaitu RM690.
“Jumlah yang dikeluarkan perlu disalurkan kepada baitulmal atau untuk tujuan kebajikan. Ia bukan untuk dapat pahala tetapi untuk membersihkan harta yang tidak patuh syariah”, katanya kepada Berita Alhijrah, hari ini.
Setakat 2021, hanya seramai 15.1 peratus pencarum KWSP beragama Islam telah beralih kepada Skim Simpanan Syariah sejak ia diperkenalkan pada 2017 lalu, mewakili 8.3 peratus daripada keseluruhan pencarum KWSP.
Tambah Akram, bagi dividen Skim Simpanan Konvensional 2021, 69 peratus daripadanya perlu dibersihkan manakala bagi Skim Simpanan Syariah, pencarum tidak perlu melakukan pembersihan kerana ia dari sumber pelaburan yang patuh syariah.
“Walaupun peratusan dividen Skim Simpanan Konvensional lebih tinggi, tapi apabila ditolak dengan peratusan yang perlu disucikan, maka kita akan dapat 31 peratus sahaja.
“Kalau kita ambil contoh 2021, 31 peratus sahaja daripada keuntungan yang kita dapat iaitu 6.1 peratus daripada simpanan kita,” katanya.
Berdasarkan Muzakarah Fatwa Kebangsaan, dividen yang diperoleh sebelum pengenalan Skim Simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan kerana pencarum tidak diberi hak untuk menguruskan simpanan tersebut.
Justeru, beliau menyeru agar seluruh pencarum KWSP yang beragama Islam agar segera beralih kepada Skim Simpanan Syariah melalui aplikasi KWSP dalam talian iaitu i-Akaun atau pergi ke cawangan KWSP yang berhampiran.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.