Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK PERNAH BERI MANDAT KEPADA TAKIYUDDIN RUNDING DENGAN BN BENTUK KERAJAAN – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

TAK PERNAH BERI MANDAT KEPADA TAKIYUDDIN RUNDING DENGAN BN BENTUK KERAJAAN – MUHYIDDIN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Datuk Seri Takiyuddin Hassan & Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

“Tujuan PN bertanding pada PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya berdoa dengan izin Allah S.W.T dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” ciap Muhyiddin dalam akaun Twitternya.

Dalam satu Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, Kota Bharu, Kelantan, semalam Takiyuddin menyatakan keyakinan PN dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN.

Takiyuddin, yang juga calon Parlimen Kota Bharu menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

Selain PAS, parti komponen lain PN adalah Bersatu, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Nov sebagai hari mengundi bagi PRU15 manakala pengundian awal berlangsung hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading