NAJIB NAFI DAKWAAN BELIAU AKAN DIBEBASKAN SEGERA JIKA BN MENANG PRU15
Tetuan Shafee & Co melalui kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Najib meluahkan kekecewaan mendalam beliau terhadap tindakan menggunakan namanya dalam propaganda politik yang tidak berasas meskipun bekas Perdana Menteri itu sudah dipenjarakan.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa beliau akan dibebaskan segera menerusi pengampunan diraja jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tetuan Shafee & Co melalui kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Najib meluahkan kekecewaan mendalam beliau terhadap tindakan menggunakan namanya dalam propaganda politik yang tidak berasas meskipun bekas Perdana Menteri itu sudah dipenjarakan.
“Anak guam kami ingin menafikan sekeras-kerasnya kesemua dakwaan ini. Anak guam kami telah secara konsisten, sejak permulaan perbicaraannya pada 2018, menyatakan bahawa beliau mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana beliau bukan sahaja ingin mendapatkan kebebasan tetapi juga membuktikan integriti dan legasinya.
“Beliau yakin bahawa peluang terbaiknya untuk dibebaskan ialah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan selaras dengan Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
“Permohonan Najib secara khusus bersandarkan kepada asas bahawa proses dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam rayuan beliau terjumlah kepada menafikan hak perlembagaannya bagi perbicaraan yang adil kerana peguam tidak diberi peluang melakukan persiapan rapi sehingga menyebabkan tiada hujah dikemukakan sekali gus meletakkan anak guam kami dalam situasi tanpa wakil pembelaan yang efektif di mahkamah,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut jika keputusan permohonan semakan kehakiman memihak kepada Najib, bekas Perdana Menteri tersebut akan memohon perbicaraan semula bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Najib, 69, kini meringkuk di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atasnya selepas beliau didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked