POLIS AMBIL KETERANGAN ZUL HUZAIMY KELUAR KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN, UGUTAN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan pelakon Zul Huzaimy semalam, susulan kenyataannya yang disyaki berbaur perkauman dan ugutan.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan pelakon Zul Huzaimy semalam, susulan kenyataannya yang disyaki berbaur perkauman dan ugutan.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata PDRM masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan pelakon berkenaan dikatakan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan ugutan menerusi penularan satu video berdurasi dua minit 20 saat semasa dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 Nov lepas.
Pelakon berusia 43 tahun itu kemudian menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam, memohon maaf atas ucapan yang didakwanya disalah anggap.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima laporan daripada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini terhadap dua individu iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir dan Zul Huzaimy, berkaitan kenyataan mereka dalam video masing-masing yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Beliau berkata hasil semakan mendapati satu kertas siasatan dibuka berhubung video tular membabitkan Mohd Shahiful di Alor Setar, Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Satu lagi kertas siasatan dibuka susulan laporan polis di Chukai, Kemaman, Terengganu melibatkan isu video tular Zul Huzaimy yang disiasat di bawah Seksyen 506, 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa hari lepas, tular rakaman video memaparkan Mohd Shahiful dalam ceramah kempennya mengeluarkan hukum sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.
Susulan penyebaran video berdurasi 28 saat itu, beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak dan semalam Mohd Shahiful dalam satu kenyataan, memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum membuat permohonan untuk berehat daripada jawatan dalam parti untuk tempoh akan dimaklumkan kelak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests