RAYUAN PENYANDANG KERUSI PARLIMEN KLANG, PENGUNDI UNTUK HALANG PRU DITOLAK, PRU15 DITERUSKAN
Mahkamah Rayuan hari ini menolak saman yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak saman yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Susulan keputusan itu, hari pengundian yang ditetapkan SPR pada Sabtu ini akan diteruskan.
Hakim Datuk Azizah Nawawi, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata keputusan untuk membubarkan Parlimen adalah budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan budi bicara Seri Paduka tidak wajar diadili oleh mahkamah.
“Menurut Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa membubarkan Parlimen di bawah Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan dan kemudiannya pilihan raya umum hendaklah diadakan,” kata Azizah yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.
Beliau berkata perintah yang dimohon Santiago dan Syed Iskandar Syed Jaafar untuk menghalang SPR daripada mengambil langkah menjalankan PRU15 adalah tidak boleh dipertahankan di sisi undang-undang.
“Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tugas perlembagaan untuk menjalankan pilihan raya umum di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan,” kata Azizah.
Beliau memetik kes sebelum ini yang menyatakan SPR tidak boleh dihalang atau dilarang daripada melaksanakan tugas perlembagaannya di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Dalam keputusan mahkamah, hakim itu berkata walaupun terdapat merit dalam dakwaan perayu bahawa isu sama ada Perdana Menteri mesti bertindak atas nasihat kabinet untuk memohon pembubaran Parlimen adalah perkara yang boleh dicabar di mahkamah, permohonan pembubaran Parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Seri Paduka tetap tidak boleh diadili.
Beliau berkata rayuan Santiago dan Syed Iskandar tidak mempunyai merit dan menolak tindakan undang-undang mereka tanpa arahan mengenai kos.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak salah untuk membatalkan saman pemula Santiago dan menolak permohonan Syed Iskandar bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman atas alasan keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen tidak boleh diadili.
Sementara itu, Azizah juga menolak permohonan peguam R. Kengadharan yang mewakili Syed Iskandar untuk injunksi sementara bagi menghalang SPR daripada menjalankan pilihan raya umum sementara menunggu permohonan kebenaran merayu difailkan di Mahkamah Persekutuan.
Santiago, yang mahu mahkamah mengembalikan semula saman pemula beliau terhadap Perdana Menteri sementara iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan Malaysia dan SPR, memohon beberapa perintah termasuk deklarasi bahawa permintaan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen adalah terbatal dan tidak sah kerana tidak dilakukan atas nasihat Kabinet.
Syed Iskandar pula memohon mahkamah memberi kebenaran kepada beliau untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pembubaran Parlimen dan langkah mengadakan pilihan raya umum.
Saman pemula Santiago dibatalkan pada 28 Okt selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan.
Mahkamah Tinggi yang sama turut menolak permohonan Syed Iskandar untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.
Prosiding hari ini dijalankan secara dalam talian.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan A. Surendra Ananth mewakili Santiago manakala peguam Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakili Ismail Sabri, kerajaan Malaysia serta SPR.
Bagi kes Syed Iskandar, beliau diwakili peguam Yasmeen Soh Sha-Nisse manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Low Wen Zhen mewakili Pengerusi SPR Ismail Sabri dan kerajaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests