KOTA BHARU: PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti komponennya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan sekiranya tiada parti mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata jika diperlukan untuk mengadakan gabungan, pilihan terdekat PAS adalah bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
“Apabila mana-mana parti mendapat majoriti mudah minimum 112 kerusi pada PRU15, parti itu sendiri akan menubuhkan kerajaan tetapi jika sebaliknya parti itu akan bergabung untuk membentuk kerajaan.
“Kalau pun kita perlu mengadakan gabungan, pilihan kita yang terdekat adalah BN. Itu pun keputusan perlu dibuat oleh Perikatan Nasional (PN) bukan PAS sahaja. Begitu juga parti-parti lain dalam PN, nak buat apa-apa keputusan kena ambil kira PAS,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi awal di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Takiyuddin berkata kenyataannya itu mewakili PAS dan bukan PN kerana beliau tidak mempunyai autoriti untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak gabungan itu.
“Saya bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung PAS malah saya juga telah merujuk Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Presiden parti pun pandangannya serupa…(bergabung dengan) PH sesekali tidak, kalau pun perlu kita mengadakan gabungan atau kerjasama bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dengan BN,” katanya.
Sementara itu, Takiyuddin dalam satu kenyataan berkata beliau berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada gabungan itu.
“Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, stabil dan bersih,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked