Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK SEMPAT MAKAN BERSAMA KELUARGA

DALAM NEGARA

TAK SEMPAT MAKAN BERSAMA KELUARGA

ALOR SETAR: Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian selepas maut dilanggar sebuah motosikal ketika sedang melintas di Jalan Datuk Kumbar, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pada jam 9 malam melibatkan mangsa, Zahari Hashim, 74, yang baru selesai membungkus makanan di sebuah kedai makan terletak di hadapan lokasi kejadian.

Mangsa ketika itu dikatakan hendak melintas jalan menuju ke arah kenderaannya yang pakir di seberang jalan untuk pulang ke rumahnya di Taman Nuri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis SYM BX110 yang ditunggangi seorang lelaki datang dari arah Derga Jaya menghala ke pusat bandar.

Setibanya di lokasi kejadian, penunggang motosikal itu dikatakan tidak nampak mangsa sedang melintas jalan lalu merempuh mangsa.

Akibat rempuhan itu, mangsa terseret lebih lima meter sebelum terjatuh di atas jalan dan mati di tempat kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kemalangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987 dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading