MERUNGKAI INTIPATI HADIS

KUALA LUMPUR: “Mengangkat martabat hadis sebagai jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang berlaku di sepanjang zaman.”

Itu antara objektif utama Yayasan Maghfirah menerusi program Rasulullah SAW Bersabda… yang akan disiarkan setiap Isnin jam 8.30 malam di TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin berkata program itu akan membantu umat Islam memahami intipati hadis selain merungkai kekeliruan berhubung isu berbangkit.

“Kita mahu kembalikan masyarakat kita untuk menjadikan hadis Rasulullah SAW sebagai rujukan menyelesaikan isu-isu seharian.

“Kebanyakkan masyarakat di luar sana tidak sedar dalam hadis Rasulullah SAW ada jawapan kepada segala permasalahan yang berlaku dalam kehidupan harian kita,” katanya.

Program 10 episod tajaan Yayasan Maghfirah itu menampilkan Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi sebagai hos program.

Penerbit Kanan Rasulullah SAW Bersabda… Rosmawani Mat Zin berkata, program itu juga melatih masyarakat menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dalam penyelesaian isu-isu kemasyarakatan.

“Menerusi program ini penonton akan dapat banyak ilmu berkenaan hadis Nabi Muhammad SAW dan cakna terhadap isu-isu kemasyarakatan melalui kefahaman hadis Nabi SAW,” katanya.

— AlHijrah Online

Leave a Reply