TANAH JERLUS: SAR HARI KEEMPAT FOKUS LURANG KELIMA
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang memasuki hari keempat, disambung hari ini dengan meneruskan teknik flushing di lurang kelima.
Mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India. – Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang memasuki hari keempat, disambung hari ini dengan meneruskan teknik flushing di lurang kelima.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan teknikitu, dilakukan secara berperingkat sejak petang semalam.
“Bagaimanapun, setelah dua kali teknik flushing dilakukan, mangsa masih belum ditemukan dan pada sebelah malam (semalam) pihak Indah Water Konsertium telah memulakan flushing yang dilaksanakan di lurang kelima dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi (26 Ogos).
“Pencarian oleh pasukan SAR akan disambung pada pagi ini,” menurut kenyataan DBKL hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, dilihat berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan SAR.
Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih lagi ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat 9 pagi tadi.
Pengamal media turut berada di lokasi seawal 8 pagi tadi, bagi mengikuti perkembangan lanjut operasi tersebut.
Insiden pada pagi Jumaat lepas menyaksikan mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Mangsa, yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked