Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH MENDAP: LALUAN ARAH KUANTAN DIBUKA

DALAM NEGARA

TANAH MENDAP: LALUAN ARAH KUANTAN DIBUKA

Sebahagian laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur. 

KUANTAN: Sebahagian laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur. 

Pembukaan semula laluan itu disahkan oleh pemegang konsesi KLK, ANIH Berhad menerusi laman sosial Facebook dan Twitter pagi ini.  

“Bagaimanapun, pengguna arah ke Kuala Lumpur masih perlu menggunakan laluan alternatif iaitu melalui keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat,” menurut ANIH Berhad. 

ANIH Berhad sebelum ini, memaklumkan penutupan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah ekoran tanah mendap yang berlaku berhampiran Plaza Tol Bentong. 

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan laporan awal Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut.

MRL menerusi kenyataan memaklumkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading