Orang ramai di Johor bersorak sebaik sahaja sempadan Tambak Johor Malaysia-Singapura dibuka tepat pada pukul 12.00am (1 April 2022) hari ini. –foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebak. Begitulah dapat digambarkan perasaan ramai rakyat Malaysia di sini yang telah dengan sabar menantikan detik pembukaan semula Tambak Johor, yang pernah disifatkan sebagai antara laluan darat tersibuk di dunia, tepat 12 tengah malam tadi.
Dua minit sebelum menjelang detik itu, kelihatan ramai orang berjalan kaki daripada arah Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Singapura menuju ke Malaysia, menyebabkan ramai yang sedang menunggu bersorak kegembiraan.
“Welcome back” dan “selamat kembali ke Malaysia”, antara dilaungkan mereka yang berkumpul di R&F Mall berdekatan dengan Tambak Johor, serta disambut dengan percikan bunga api.
Tambak Johor dan Lebuhraya Linkedua, yang sepi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali ‘bernyawa’ selepas hampir dua tahun, dengan pembukaan sempadan negara bermula hari ini.
Suasana di sekitar Bandaraya Johor Bahru turut meriah, dengan orang ramai berkumpul bagi menunggu ketibaan ahli keluarga mereka dari Singapura, dan ada juga yang hadir hanya untuk merasai detik bersejarah itu.
Tinjauan Bernama mendapati, kenderaan yang keluar dari arah Singapura turut membunyikan hon, selain penumpangnya bersorak kegembiraan.
Mohd Fauzan Hafizi Rosli, 33, yang bekerja sebagai seorang juruteknik di republik itu sejak empat tahun lepas, menitiskan air mata sebaik ditanya mengenai perasaannya dapat kembali ke tanah air.
Pemuda berasal dari Kota Tinggi itu berkata beliau akhirnya dapat melepaskan kerinduan, selepas dua tahun tidak dapat bertemu anak dan isteri.
“Isteri tidak tahu pun saya balik, buat kejutan untuk dia, harap menjadilah kejutan saya ini…sudah lama saya tidak dapat berjumpa keluarga.
“Terima kasih buat kerajaan Malaysia dan Singapura, yang menjayakan pembukaan sempadan ini,” katanya ketika ditemui di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini.
Mohd Fauzan berkata lebih manis lagi, apabila kepulangan rakyat Malaysia bermula hari ini, adalah ketika umat Islam hampir menyambut bulan ramadan.
“Dah dua tahun beraya di negara orang, rasa sebak ada, terharu pun ada…tidak tahu macam mana hendak berjumpa dengan isteri dan anak,” katanya.
Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerusi kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.
Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi, untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager