Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL PADA 9 APRIL

DALAM NEGARA

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL PADA 9 APRIL

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan MohorBesar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah,” menurut kenyataan itu.

Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.

Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu, manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.

Di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara Kuantan 188.

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading