Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRESIDEN ABBAS MAHU ISRAEL BERUNDUR SEPENUHNYA DARI GAZA

DUNIA

PRESIDEN ABBAS MAHU ISRAEL BERUNDUR SEPENUHNYA DARI GAZA

AFP

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata pada Jumaat bahawa Israel perlu berundur dengan segera dan sepenuhnya dari Semenanjung Gaza dan menghentikan segala tindakan unilateral di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Beliau berkata demikian semasa perbualan telefonnya dengan Presiden Bulgaria Rumen Radev yang menumpukan kepada isu Palestin, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA). 

Abbas menekankan kepentingan sebuah negara Palestin untuk menjalankan tanggungjawabnya di Gaza dan Tebing Barat dan mengetengahkan keperluan menubuhkan satu mekanisme untuk kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza. 

Beliau juga menekankan pencegahan pemindahan rakyat Palestin secara paksa dan keperluan mendapatkan status negara anggota penuh dalam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).   

Radev berharap konflik di Gaza akan berakhir dan menyuarakan keinginannya untuk melihat rakyat Palestin mencapai kemerdekaan dan mempunyai semua hak mereka sebagai warganegara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading