TH TANGGUNG LEBIH RM350 JUTA KOS TUNAI HAJI TAHUN INI
Kos tersebut melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pengangkutan serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di Tanah Suci, selain penganjuran kursus, ubat-ubatan, perkhidmatan kesihatan serta operasi haji tanah air, di lapan stesen berlepas.
SEREMBAN: Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini, kata Pengurus Besar Pengurusan Haji TH Mohamed Heikal Mohamed Yusuff.
Beliau berkata kos tersebut melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pengangkutan serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di Tanah Suci, selain penganjuran kursus, ubat-ubatan, perkhidmatan kesihatan serta operasi haji tanah air, di lapan stesen berlepas.
“Seperti tahun-tahun sebelum ini, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar kepada golongan B40 dan M40, bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
“Walaupun kos meningkat saban tahun, namun semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH kekal komprehensif dan berada pada tahap tinggi demi menjaga kebajikan, keselesaan serta keselamatan jemaah haji Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan, yang dihadiri 1,130 bakal haji dan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Mohamed Heikal berkata penganjuran kursus berkenaan sebagai platform ulang kaji akhir sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci, selain melatih mereka untuk bersedia menghadapi pelbagai situasi termasuk suasana tidak selesa dan serba kekurangan, semasa kemuncak haji nanti.
Dalam pada itu, Aminuddin menasihatkan bakal haji untuk sentiasa bersyukur dan melaksanakan ibadat haji dengan baik, kerana ia merupakan peluang sekali seumur hidup selain mengawal diri daripada melakukan perkara yang mencacatkan ibadat haji.
Beliau turut berharap supaya bakal haji mempersiapkan diri sama ada dari aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman yang jelas berhubung manasik haji yang bakal dilakukan.
“Mereka juga diharap tidak berkongsi kelemahan pengurusan haji di Tanah Suci sekiranya ada, kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Selain itu, saling membantulah di sana kerana dalam sesuatu kumpulan ada yang tua, muda dan tak ada tenaga yang kuat,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked