Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

THAIPUSAM: LEBIH 20 JALAN DI PUSAT BANDAR DITUTUP BERMULA MALAM INI – POLIS

DALAM NEGARA

THAIPUSAM: LEBIH 20 JALAN DI PUSAT BANDAR DITUTUP BERMULA MALAM INI – POLIS

Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pernutupan dan lencongan bermula jam 9 malam ini bagi memberi laluan perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur menuju ke Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.

Beliau berkata jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (JaLan Ipoh) , Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Salah.

“Perarakan balik pedati akan bermula pada Jumaat ini pada jam 3 petang melalui jalan yang sama dan akan dibuka secara berperingkat,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee.

Beliau menasihatkan kepada seluruh warga kota terutamanya kepada pengguna jalan raya agar mengelakkan daripada menggunakan jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan serta lencongan berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Trafik di talian 03-20260267.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading