Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DIREMPUH TRELER

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DIREMPUH TRELER

Mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, dekat sini, tiba di Simpang Tiga Jerai, dan mangsa dipercayai keluar dari sebelah kiri (jalan) secara mengejut untuk masuk ke kanan jalan.

BALING: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di jalan baru Kulim-Baling di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian 12.10 tengah malam tadi, mangsa Hassim Ahmad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, dekat sini, tiba di Simpang Tiga Jerai, dan mangsa dipercayai keluar dari sebelah kiri (jalan) secara mengejut untuk masuk ke kanan jalan.

“Sebuah lori treler ketika itu sedang bergerak dari Kota Bharu, Kelantan untuk menghantar barang ke Pulau Pinang tidak sempat menekan brek lalu melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu motosikal mangsa terseret sejauh 10 meter dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan kelindan lori bagaimanapun tidak mengalami kecederaan manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading