GOPENG: Kementerian
Kesihatan (KKM) tidak membuat sebarang ketetapan kadar caj pemeriksaan
kesihatan ke atas pemandu e-hailing yang memohon atau memperbaharui lesen
kenderaan pengangkutan awam (PSV).
Timbalan
Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, ini kerana fokus kementerian adalah untuk
memastikan setiap pemeriksaan kesihatan itu dijalani mengikut keperluan
ditetapkan dan prosedur yang betul.
“Dari segi caj (perkhidmatan), biarlah pasaran yang membuat keputusan. Jika ada yang menawarkan pada kadar lebih rendah, itu terpulang kerana itulah ketetapan pasaran.
“Di pihak kementerian kita hanya nak pastikan pemeriksaan itu betul-betul dijalankan dengan cara yang baik dan pada tahap memuaskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.
Hadir sama Pengarah
Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming dan Pengarah Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof.
Beliau berkata
demikian ketika mengulas mengenai gesaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
yang mahu Kementerian Kesihatan menyiasat jenis pemeriksaan kesihatan yang
ditawarkan kepada pemandu e-hailing dengan harga RM20.
Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA) sebelum ini meminta kerajaan membatalkan keputusan menetapkan kadar pemeriksaan kesihatan kepada pemohon atau mereka yang membaharui lesen PSV kepada RM80 seorang.
Mengulas lanjut,
Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, dalam hal itu, kementerian sedia menjalankan
siasatan termasuk melakukan ujian sampel bagi menentusahkan pemeriksaan
kesihatan dijalani pemandu e-hailing sebelum ini mengikut keperluan ditetapkan.
Katanya, adalah
sukar untuk menyatakan sama ada dengan bayaran RM20 itu, mereka telah
mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan yang berkualiti atau sebaliknya.
“Kita akan
siasat, mengambil sampel dan tengok adakah mereka (pemandu e-hailing) yang
diluluskan ini betul-betul menjalani pemeriksaan dengan tahap memuaskan,”
katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager