Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMULIHAN EKONOMI PERLAHAN PENGARUHI PENURUNAN DIVIDEN LTAT

DALAM NEGARA

PEMULIHAN EKONOMI PERLAHAN PENGARUHI PENURUNAN DIVIDEN LTAT

Awang Azman – Foto Sinar Harian

IPOH : Proses pemulihan ekonomi yang agak perlahan ketika ini mungkin menjadi faktor mempengaruhi penurunan pemberian dividen daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada ahlinya.

Penganalisis ekonomi dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perkembangan itu secara tidak langsung memberikan kesan kepada keyakinan rakyat termasuk pelabur.

“Keadaan ini sebenarnya mencerminkan keadaan pasaran semasa iaitu dari segi keyakinan pelabur, keyakinan rakyat dalam suasana pemulihan ekonomi yang agak perlahan. Orang nak perubahan agak cepat, kalau boleh dalam setahun tetapi realitinya ia mengambil masa untuk memulihkan ekonomi negara.

“Sebagai contoh dalam isu LTAT yang kalau boleh tidak mahu ada kesilapan laporan, pendapatan kerana ia boleh kelirukan pelabur, kelirukan rakyat dan akhirnya menyebabkan keyakinan itu terjejas, tergugat dan ini mempengaruhi harga pasaran termasuk saham itu sendiri.

“Harga pasaran turun dan ini mempengaruhi pemberian bonus dan dividen,” katanya.

Awang Azman berkata demikian bagi mengulas pengumuman Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berhubung pengumuman dividen sebanyak dua peratus kepada ahli-ahli LTAT bagi tahun kewangan berakhir 2018 dengan jumlah agihan RM161.2 juta.

Bagaimanapun, dividen yang akan diagihkan pada ahli minggu ini menunjukkan penurunan ketara sebanyak 51.9 peratus berbanding pendapatan bersih yang dinyatakan semula iaitu sebanyak RM459.5 bagi tahun kewangan 2017.

Sementara itu, Awang Azman berkata, wujud persepsi berhubung penurunan dividen kali ini berbanding tahun sebelumnya.

“Kalau dibandingkan tahun lepas ada keuntungan tetapi kena faham walaupun dapat keuntungan terdapat kerugian terkumpul.

“Ini pernah diberitahu dulu pada 2017 apabila kerugian dianggarkan sekitar RM30 juta.

“Kalau kita lihat dulu, teguran daripada Jabatan Audit Negara dan semakan semula kepada pernyataan kewangan, jadi kalau begitu situasinya, kenyataan Menteri Pertahanan, Mat Sabu ketika itu meminta agar kedudukan fizikal tahun ini dibuat dengan tepat,” katanya. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading