Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DIVIDEN LTAT RENDAH SEBAB SALAH LABUR: MOHAMAD SABU

DALAM NEGARA

DIVIDEN LTAT RENDAH SEBAB SALAH LABUR: MOHAMAD SABU

KUALA LUMPUR: Pelaburan yang tidak strategik menjadi faktor kemerosotan pembayaran dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang rendah pada tahun ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata pelaburan dalam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) antara yang pelaburan LTAT yang tidak munasabah dan membebankan badan itu.

“Pelaburan tidak munasabah antaranya melabur di dalam AES yang kita terbantut dekat situ lebih RM500 juta.

“Kalau wang itu berada di tangan LTAT, kalau kita buat simpanan kita boleh dapat lebih daripada 30 juta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sekalung Budi Media Pertahanan di Hotel Istana di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan tertutup dengan editor-editor kanan organisasi media tempatan antara lain membabitkan taklimat ringkas mengenai Tabung Pahlawan dan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata pihaknya yakin kedudukan kewangan LTAT mampu dipulihkan dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, ketika ini LTAT membuat perancangan khusus bagi memastikan pelaburan dilakukan badan itu lebih strategik dan menguntungkan.

Antara langkah diambil ialah dengan memindahkan pelaburan yang merugikan kepada pelaburan baru, di mana pihaknya akan memastikan pelaburan itu memberi kelebihan kepada LTAT dan bukan kepentingan individu sepertimana berlaku sebelum ini.

Semalam, LTAT mengumumkan dividen dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 iaitu merosot 10.5 peratus, berbanding 12.5 peratus dividen pada 2017. – AlHijrah Online/ Mohammad Zaim Nor Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading