Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA PERBINCANGAN UiTM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA – MENTERI KPT

DALAM NEGARA

TIADA PERBINCANGAN UiTM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA – MENTERI KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pihaknya tidak pernah membincangkan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam mana-mana mesyuarat termasuk di peringkat Kabinet.

Gambar ARKIB.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pihaknya tidak pernah membincangkan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam mana-mana mesyuarat termasuk di peringkat Kabinet.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM untuk dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera seperti yang telah dimainkan pada hari ini.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan UiTM mempertimbangkan cadangan memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kendaliannya kepada doktor pelatih bukan Bumiputera.

Profesor di Fakulti Perubatan UiTM, Dr Raja Amin Raja Mokhtar, dilapor mencadangkan perkara itu sebagai penyelesaian isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ pembedahan kardiotoraks yang tidak diiktiraf.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM hari ini menyeru mahasiswa di universiti itu untuk memakai pakaian hitam esok sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading