Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT KEJADIAN LETUPAN GUDANG MERCUN DI NARATHIWAT

DALAM NEGARA

TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT KEJADIAN LETUPAN GUDANG MERCUN DI NARATHIWAT

Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN – LETUPAN GUDANG MERCUN DI NARATHIWAT: SEKURANG-KURANGNYA 10 MAUT, 110 CEDERA

Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan berdasarkan laporan awal, letupan itu berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674311062 atau +66936570707 (untuk kecemasan) atau melalui e-mel mwsongkhla@kln.gov.my dan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn dilaporkan berkata letupan pada 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LETUPAN GUDANG MERCUN DI NARATHIWAT: SEKURANG-KURANGNYA 10 MAUT, 110 CEDERA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading