KUALA LUMPUR: Tidak bertabayyun di dalam sesuatu berita atau perkara boleh memberi banyak implikasi negatif antaranya prasangka buruk berlaku dalam kalangan masyarakat serta keadaan yang kurang tenang.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris. – Bernama
KUALA LUMPUR: Tidak bertabayyun di dalam sesuatu berita atau perkara boleh memberi banyak implikasi negatif antaranya prasangka buruk berlaku dalam kalangan masyarakat serta keadaan yang kurang tenang.
Atas sebab itu Allah SWT melarang daripada sifat tidak bertabayyun seperti mana firmannya dalam Surah Al-Hujurat, ayat 12 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.”
Sebagai sebuah stesen televisyen Islam, sudah tentu konsep tabayyun menjadi pegangan TV AlHijrah terutama ketika berdepan isu-isu kontroversi melibatkan para asatizah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata TV AlHijrah mempunyai garis panduan dan polisi tertentu berkenaan isu-isu yang dibangkitkan terhadap asatizah, namun apa yang penting sebarang tindakan adalah dibuat selepas mendapatkan penjelasan dan perbincangan dengan pihak berkenaan.
“Para agamawan adalah sumber rujukan yang sangat penting untuk kita. Jika ada isu berbangkit melibatkan para asatizah yang ketika itu sedang atau bakal bekerjasama dengan kami, ada beberapa prosedur yang perlu diambil kira.
“Kami akan mendapatkan penjelasan daripada tuan badan melihat kepada isu yang dibangkitakan. Jika berbentuk peribadi, kami akan berbincang secara terus dengan individu tersebut.
“Jika melibatkan agensi agama, maka kami perlu menghormati keputusan yang dikeluarkan. Itu pentingnya tabayyun. Kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Tidak boleh menghukum tanpa tabayyun dan prosedur rasmi,” ujarnya dalam temu bual bersama Utusan Malaysia.
Tambah Namanzee, pihaknya juga tegas mengambil tindakan terhadap individu yang didapati bersalah atau hilang pentauliahan termasuk menangguh atau membatalkan sebarang program melibatkan pihak terlibat.
“Itu adalah prosedur rasmi. Jika didapati dakwaan tersebut benar, maka program melibatkan individu itu akan dihentikan. Jika tiada bukti atau sekadar khabar angin, maka kami akan tangguhkan dahulu sementara mendapatkan penjelasan.
“Para asatizah juga maklum kerana mereka sebagai pembawa risalah agama, maka setiap dakwaan, isu berbangkit perlu diselesaikan dahulu sebelum tampil secara umum. Kepercayaan itu yang harus dijaga,” ujarnya.
Dalam temu bual sama, Namazee berkata sempena meraikan ulang tahun ke-14, TV AlHijrah bertekad untuk memperkukuhkan lagi kandungan sedia ada dengan memberi nafas baharu demi memastikan setiap program terus relevan dan menarik minat penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
Antara program yang terus menjadi tunjang utama adalah Assalamualaikum, Berita AlHijrah, Cinta Ilmu, Analisis, Quran@114 dan banyak lagi yang diberi sentuhan baharu dari segi pengisian dan penyampaian untuk memastikan ia terus segar dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Sementara itu, Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek pula berkata, TV AlHijrah akan terus komited menyediakan kandungan berkualiti kepada penonton setianya.
“Kami amat berbesar hati dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada penonton selama ini. Dengan usaha memperkukuhkan kandungan dan memberi nafas baharu kepada program-program kami, kami yakin dapat terus memenuhi keperluan dan ekspektasi penonton.
“Kami juga gembira dengan sambutan positif terhadap aplikasi Alhijrah Plus yang sudah dimuat turun oleh lebih 150,000 pengguna aktif sejak diperkenalkan pada 2021 sekali gus mencerminkan minat dan sokongan kuat daripada penonton setia TV AlHijrah,”katanya.
Dalam sambutan ulang tahun kali ini, TV AlHijrah menampilkan kelainan menerusi program tanggungjawab sosial dengan menyantun empat pertubuhan menerusi program Hijrah Prihatin Kisah Mereka.
Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests