TIDAK SAMPAI 24 JAM

KURANG 24 JAM GENCATAN SENJATA, POLIS ISRAEL MENYERBU PERKARANGAN MASJIDIL AQSA.
(GAMBAR OLEH: AHMAD GHARABLI / AFP)

BAITULMAQDIS: Tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, Polis Israel dilapor menyerbu perkarangan Masjidil Aqsa dan bertembung dengan rakyat Palestin.

Polis zionis dilapor turut menggunakan bom gas pemedih mata dalam pertembungan tersebut.

Ketegangan dilaporkan berlaku selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.

Masjid ketiga umat Islam itu hari ini dipenuhi rakyat Palestin yang hadir untuk bersolat selain meraikan gencatan senjata yang diumumkan.

Pagi tadi, Hamas dan Israel setuju melaksanakan gencatan senjata bagi tujuan menghentikan siri serangan yang berlaku sejak 11 hari lalu.

Gencatan senjata itu diusulkan Mesir dan dipersetujui kedua-dua pihak tanpa syarat. — AlHijrah Online.

Leave a Reply