Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BERANAK CEDERA DINDING RUMAH RUNTUH

DALAM NEGARA

TIGA BERANAK CEDERA DINDING RUMAH RUNTUH

GOMBAK: Tiga beranak nyaris maut selepas dinding rumah yang dalam pembinaan rebah dan menghempap mereka.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Pusu, Kampung Pinggiran, di sini pada Selasa.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.35 petang.

“Seorang lelaki 35 tahun cedera parah manakala isterinya yang berusia 30 tahun dan anak lelaki berusia 2 tahun cedera ringan.

“Pihak bomba memberi rawatan awal kepada semua mangsa dan mereka diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading