Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA KEDAI ROTI KEMBALI BEROPERASI DI GAZA DENGAN BANTUAN PBB

DUNIA

TIGA KEDAI ROTI KEMBALI BEROPERASI DI GAZA DENGAN BANTUAN PBB

Serangan udara Israel telah memusnahkan banyak kedai roti di bandar itu dan menurut sumber Palestin, WFP kini telah membekalkan gas dan membaiki mesin membuat roti untuk membolehkan pembakaran roti disambung semula.

Seorang lelaki Palestin bersorak gembira selepas membeli roti bersubsidi di luar sebuah kedai roti di Bandar Gaza -foto AFP

TEL AVIV: Tiga kedai roti di Bandar Gaza kembali beroperasi pada Ahad dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan saksi, ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa roti akan dijual di kedai roti itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Serangan udara Israel telah memusnahkan banyak kedai roti di bandar itu dan menurut sumber Palestin, WFP kini telah membekalkan gas dan membaiki mesin membuat roti untuk membolehkan pembakaran roti disambung semula.

Pegawai Palestin berkata terdapat kira-kira 140 kedai roti di Semenanjung Gaza yang membekalkan majoriti penduduk dengan roti. 

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk membenarkan lebih banyak bekalan bantuan kemanusiaan masuk ke semenanjung yang disekat itu. Pertubuhan bantuan menggambarkan situasi itu sebagai kritikal dan mengatakan lebih daripada sejuta orang berisiko mengalami kebuluran.

Lebih 33,000 orang terbunuh di Gaza sejak meletusnya perang pada 7 Okt lepas, menurut pegawai kesihatan di wilayah pimpinan Hamas.

Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) percaya bahawa kebuluran sudah berlaku di bahagian Semenanjung Gaza. 

Klasifikasi rasmi sebagai kebuluran bermakna sekurang-kurangnya 20 peratus penduduk terjejas oleh kekurangan makanan yang melampau. Di samping itu, sekurang-kurangnya satu daripada tiga kanak-kanak mengalami malnutrisi akut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading