Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JORDAN PERTAHAN TINDAKAN PINTAS DRON IRAN

DUNIA

JORDAN PERTAHAN TINDAKAN PINTAS DRON IRAN

Jordan mempertahankan tindakannya yang  memintas dan menembak jatuh dron Iran di ruang udaranya semalam sebagai tindakan mempertahankan diri, dan bukannya untuk kepentingan Israel.

Ayman al Safadi -foto Reuters

AMMAN: Jordan mempertahankan tindakannya yang  memintas dan menembak jatuh dron Iran di ruang udaranya semalam sebagai tindakan mempertahankan diri, dan bukannya untuk kepentingan Israel.

Menurut Menteri Luarnya, Ayman al Safadi, negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.

“Kami mempunyai polisi kekal. Kami akan bertindak ke atas setiap dron dan peluru berpandu yang menceroboh ruang udara kami untuk mengelak ia mengancam Jordan dan rakyatnya.

“Ini pernah berlaku sebelum ini apabila peluru berpandu jatuh di dalam wilayah Jordan dan membahayakan rakyat kami. Ini adalah polisi kami.

“Keutamaan kami adalah melindungi rakyat, keselamatan serta kestabilan negara. Sehubungan itu, penilaian sebenar mendapati dron dan peluru berpandu ini membahayakan dan mengancam kami,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau juga menekankan Jordan juga akan mengambil pendekatan sama jika Israel melancarkan serangan.

Ayman turut memaklumkan kementeriannya memanggil duta Iran ke Jordan susulan isu penghinaan media Tehran terhadap negara itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading