Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES TEMBAKAN DI KLIA: SUSPEK DIBERKAS POLIS DI KELANTAN

DALAM NEGARA

KES TEMBAKAN DI KLIA: SUSPEK DIBERKAS POLIS DI KELANTAN

Memetik laporan media tempatan, suspek berusia 38 tahun itu telah ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 3 petang tadi.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam, ditahan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan di satu lokasi di daerah itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Katanya satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.

“Ya, saya sahkan tangkapan itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading