Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA PELAJAR CEDERA MAIN MERCUN DIUBAH SUAI DI ASRAMA SEKOLAH, SEORANG PUTUS JARI

DALAM NEGARA

TIGA PELAJAR CEDERA MAIN MERCUN DIUBAH SUAI DI ASRAMA SEKOLAH, SEORANG PUTUS JARI

Tiga pelajar sebuah sekolah agama di Jeli cedera semasa bermain mercun diubah suai, petang semalam.

Gambar ARKIB.

KOTA BHARU: Tiga pelajar sebuah sekolah agama di Jeli cedera semasa bermain mercun diubah suai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata kejadian berlaku pada 4.40 petang di asrama lelaki sekolah, apabila pelajar berumur 15 dan 16 tahun itu dipercayai mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke botol bersama batu kerikil sebelum ia meletup secara tiba-tiba.

“Akibat letupan itu, seorang pelajar berusia 16 tahun mengalami kecederaan serius iaitu putus jari tangan kiri manakala dua lagi rakan melecur di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pada 5.48 petang selepas pelajar terbabit dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Jeli pada 5.30 petang.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak bermain mercun diubah suai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading