Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TINDAKAN TERHADAP MEDIA BERKAITAN ISU 3R, BUKAN BERMOTIF POLITIK – ANWAR

DALAM NEGARA

TINDAKAN TERHADAP MEDIA BERKAITAN ISU 3R, BUKAN BERMOTIF POLITIK – ANWAR

Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia tahun ini dipengaruhi pelbagai indikator penilaian antarabangsa, termasuk tindakan yang diambil terhadap beberapa organisasi media termasuk isu 3R.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia tahun ini dipengaruhi pelbagai indikator penilaian antarabangsa, termasuk tindakan yang diambil terhadap beberapa organisasi media.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan berkenaan bukan bertujuan menyekat kebebasan media atau perbezaan pandangan politik, sebaliknya melibatkan kandungan yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R), selain perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Menurut Anwar, tindakan terhadap syarikat media seperti Sin Chew Daily berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang serta Sinar Harian berkaitan penyiaran biografi Ketua Polis Negara turut mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan.

“Umpamanya, tindakan terhadap Sin Chew itu dianggap besar di dunia media, kerana ia dianggap satu pelanggaran dari segi aspek kebebasan. Tetapi dalam soal bendera itu, (ia telah) diselesaikan dengan baik. Soal bendera negara, kita serius. Mungkin bagi negara lain kurang (serius).

“Bila tindakan diambil kepada media rasmi begitu, terus indeks (kebebasan media) itu (terjejas),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading