TITAH ADENDUM: MAHKAMAH RAYUAN MULAKAN PROSIDING DENGAR PERMOHONAN NAJIB KEMUKA BUKTI TAMBAHAN
Mahkamah Rayuan hari ini memulakan prosiding bagi mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum, dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memulakan prosiding bagi mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum, dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli, dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.
Bekas perdana menteri itu memohon untuk mengemukakan bukti tambahan bagi menyokong dakwaannya tentang kewujudan dokumen tersebut, yang didakwa akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Selepas hujahan, panel hakim meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Julai 2024 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap dokumen tambahan yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Datuk Seri Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNODatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin semata-mata dan tidak boleh diterima sebagai bukti dalam mahkamah.
Najib, 71, memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Jan tahun lepas.
Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah, jika titah itu wujud, maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan sementara semua pendaftaran pelarian bagi...
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager