MAHKAMAH RAYUAN KEMBALIKAN PERMOHONAN NAJIB BERHUBUNG TITAH ADENDUM KE MAHKAMAH TINGGI
Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kewujudan Titah Adendum Diraja yang akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah, kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kewujudan Titah Adendum Diraja yang akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah, kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.
Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dalam keputusan majoriti membenarkan rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya.
Bagaimanapun Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel itu membantah, dan memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan bekas perdana menteri itu.
Hakim Azizah juga menolak permohonan Najib mengemukakan bukti tambahan bagi menyokong dakwaannya mengenai kewujudan Adendum tersebut manakala Hakim Azhari dan Mohd Firuz membenarkannya.
Najib, 71, sedang merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lepas, yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Titah Adendum itu yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Hakim Mohd Firuz ketika membacakan keputusan majoriti berkata, mahkamah mengambil maklum bahawa alasan hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu, kebanyakannya berdasarkan fakta bahawa pemohon (Najib) bergantung kepada keterangan dengar khabar (hearsay).
“Berdasarkan bukti baharu yang diterima pemohon, kita dapati isu khabar itu sudah tidak lagi boleh diketengahkan.
“Barang diingat bahawa pemohon dalam semakan kehakiman hanya perlu menunjukkan bahawa dia mempunyai kes yang boleh dipertikaikan, berdasarkan fakta bahawa kepentingan atau haknya telah terkesan, serta sesuatu yang tidak remeh dan menyusahkan, oleh itu kami membenarkan rayuannya.
“Kami dengan ini memerintahkan supaya perkara itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran permohonan semakan kehakiman substantif,” katanya.
Mengenai permohonan untuk mengemukakan bukti baharu, Hakim Mohd Firuz berkata pemohon telah menulis surat kepada responden untuk mengesahkan kewujudan perintah tambahan itu, tetapi surat berkenaan tidak pernah dijawab.
“Walaupun layanan dingin oleh responden, pemohon terus mencuba mendapatkan bukti kewujudan perintah Adendum itu daripada pelbagai sumber termasuk afidavit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail).
“Di Mahkamah Tinggi, hakim yang arif telah memutuskan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini adalah khabar angin,” katanya.
Hakim seterusnya berkata anak pemohon (Datuk Mohamad Nizar) memperoleh salinan perintah Adendum daripada pejabat Sultan Pahang pada 17 Ogos 2024 dengan arahan tegas bahawa perkara berkenaan tidak boleh digunakan tanpa perkenan Sultan.
Beliau berkata pemohon kemudiannya memohon kebenaran daripada Sultan untuk menggunakan addendum dalam afidavit baginda bagi tujuan rayuan.
Hakim itu berkata setelah mendapat perkenan Sultan Pahang pada 2 Dis 2024, pemohon kemudian memfailkan adentum tambahan itu ke mahkamah.
“Tanpa persetujuan, adalah tidak mungkin bagi pemohon untuk memfailkan adendum itu ke mahkamah dan pemohon juga tidak boleh memaksa Sultan untuk memberikan adendum berkenaan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pemohon telah mematuhi prinsip yang dikemukakan dalam Ladd v Marshall,” kata hakim.
Hakim Mohd Firuz berkata tiada afidavit sanggahan daripada responden yang mencabar kewujudan mahupun kesahihan perintah tambahan itu.
“Kami berpendapat bahawa kegagalan responden untuk mencabar perkara yang sama bermakna mahkamah ini tidak boleh begitu sahaja mengabaikan kewujudan titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon untuk mengemukakan bukti baharu,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Jan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu Hakim Azizah dalam keputusan minoritinya berkata tiada kesilapan dibuat oleh Mahkamah Tinggi dalam memutuskan bahawa keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan adalah khabar angin.
“Saya bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa tiada kewajipan undang-undang yang dikenakan ke atas responden khususnya Lembaga Pengampunan untuk mengesahkan kewujudan atau mengemukakan sebarang perintah berkaitan pelaksanaan kuasa pengampunan,” katanya.
Hakim Azizah seterusnya berkata tiada peruntukan dalam undang-undang bertulis atau Perlembagaan Persekutuan yang boleh membuat Lembaga Pengampunan mengesahkan atau mendedahkan sebarang kewujudan perintah pengampunan, termasuk Adendum berkenaan.
“Perayu (Najib) gagal menunjukkan bahawa kewajipan undang-undang sedemikian wujud untuk mengesahkan atau mengemukakan perkara yang sama. Saya berpendapat bahawa tiada merit dalam rayuan itu, dan rayuan mesti ditolak tanpa perintah mengenai kos,” katanya.
Dalam menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu, Hakim Azizah berkata tiada merit dalam permohonan itu.
Hakim itu berkata afidavit oleh anak Najib Mohamad Nizar yang disahkan pada 2 Dis tahun lepas, menyatakan bahawa beliau kerap bertemu dengan Sultan Pahang.
“Selaras pengakuan bahawa dia kerap bertemu sultan, tidak boleh dikatakan bahawa bukti baharu tidak boleh diperoleh dengan usaha wajar yang munasabah pada perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.
Terdahulu peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib mengemukakan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang berhubung Adendum berkenaan semasa mengemukakan permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya.
“Surat bertarikh 4 Jan tahun ini ditujukan kepada anak sulung Najib Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman,” katanya.
Sementara itu Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan beberapa responden lain berkata Adendum itu tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan semasa mesyuarat ke-61 Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan 2024.
“Perintah utama seperti yang diumumkan pada Februari, telah bersetuju mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan denda RM250 juta kepada RM50 juta.
“Itu (perintah utama) sahaja yang ditandatangani dan dimeterai oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengurangkan separuh hukuman dan perintah ini ditujukan kepada menteri ketika itu,” katanya.
Shamsul juga berkata permohonan untuk mengemukakan bukti baharu itu sepatutnya ditolak, kerana keseluruhan kesan yang cuba dilakukan Najib adalah percubaan untuk melangkaui perintah utama. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.