WANITA MAUT, LAPAN LAGI CEDERA DALAM NAHAS BABITKAN LORI DAN MPV
Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dengan sebuah lori di KM86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, Kluang, malam tadi.
KLUANG: Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dengan sebuah lori di KM86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, Kluang, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku pada 7.15 malam apabila lori yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Machap ke Ayer Hitam telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Beliau berkata akibat kejadian itu, lori terbabit telah melanggar bahagian sisi kanan Toyota Estima menyebabkan penumpang wanita yang berada di bahagian belakang MPV itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi.
“Dalam kejadian ini, seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini masih mendapat rawatan di Zon Merah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang.
“Kesemua mangsa lain yang berada di dalam Toyota Estima itu termasuk pemandu lelaki berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital sama manakala pemandu lori dibawa ke Hospital Pantai Batu Pahat untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bahrin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam PBK II Shoromi Salih berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.16 malam dan sebanyak enam anggota dengan satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati semua mangsa telah keluar daripada kenderaan dan anggota bertugas memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan yang cedera.
“Terdapat seorang mangsa, iaitu wanita yang menaiki kenderaan Toyota Estima disahkan meninggal dunia di lokasi manakala tujuh lagi mangsa yang berada di dalam kenderaan sama mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berhampiran.
“Pemandu lori jenis Mitsubishi yang merupakan seorang lelaki turut mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan pukul 8.09 malam,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked