Keputusan ini sejajar dengan apa yang telah diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2025.
Ketua Pegawai Kewangan TNB, Datuk Nazmi Othman –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik kepada 85 peratus pengguna domestik, kata Ketua Pegawai Kewangan syarikat utiliti negara itu, Datuk Nazmi Othman.
Beliau berkata keputusan ini sejajar dengan apa yang telah diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2025.
“Dalam tempoh itu, pengguna domestik tidak akan terjejas kerana sebarang kenaikan harga atau impak akan ditampung kerajaan menerusi kaedah yang akan ditentukan antaranya termasuklah melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai pelaksanaan Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Abdul Razib Dawood.
Nazmi menjelaskan sebelum tempoh itu berakhir, kerajaan akan melakukan penilaian dan kajian semula struktur tarif elektrik, dengan mengambil kira harga arang batu, gas dan bahan api semasa sebelum sebarang keputusan lanjut diumumkan.
“Keputusan seterusnya dijangka diumum sebelum Julai, kerana kerajaan akan memantau situasi termasuk harga pasaran semasa arang batu, gas dan bahan api pada tarikh paling hampir dengan berakhirnya jadual tarif elektrik semasa iaitu 30 Jun 2025,” katanya.
Pada 20 Dis lepas, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataannya memaklumkan kerajaan pada 13 Dis memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik selaras dengan komitmen untuk menjamin kesejahteraan rakyat dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi menerusi pelaksanaan subsidi secara bersasar.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh membebankan rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan kadar tarif elektrik tidak seharusnya diletakkan kepada rakyat terbanyak, sebaliknya kepada golongan maha kaya atau industri yang mencatatkan keuntungan luar biasa.
Perdana Menteri yang berada di Langkawi memberitahu media, beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air supaya meminta TNB memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Sementara itu, Nazmi yakin sebarang keputusan yang diumumkan kerajaan kelak akan mengutamakan dan menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya melindungi pengguna domestik.
Beliau berkata setakat ini TNB merekodkan sejumlah sembilan juta pemilik akaun pengguna domestik, dan sejuta pengguna sektor komersial.
Semalam TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan cadangan jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4, yang ia sarankan supaya dilaksanakan mulai 1 Julai depan.
Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWj. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager