KEBANYAKAN YANG TERLIBAT DALAM SAMBUTAN KRISMAS DI KPKT ADALAH BUKAN MUSLIM
Kebanyakan petugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
IPOH: Kebanyakan petugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata ramai yang membuat persembahan termasuk nyanyian “Jingle Bells” adalah dari Sabah, yang berketurunan Kadazan selain petugas dari Sarawak.
Beliau berkata Kerajaan MADANI sentiasa meraikan kepelbagaian sambil memupuk semangat muhibah yang selari dengan aspirasi MADANI menekankan keharmonian, perpaduan, dan kestabilan masyarakat sebagai tiga kunci utama kejayaan negara.
“Video yang tular baru-baru ini menunjukkan kakitangan KPKT menyanyikan lagu Krismas. Ini mencerminkan semangat hormat-menghormati dan keharmonian di antara petugas kami, yang menjadi prinsip asas sebuah kerajaan yang baik.
“Kami menghormati umat Islam dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pada masa sama menghormati warga Kristian dalam menyambut Krismas. Hormat dan ihsan adalah dua prinsip utama yang menjadi tunjang pentadbiran kami,” katanya selepas merasmikan program Sentuhan KPKT 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda PAS yang menganggap tindakan Nga secara terbuka menganjurkan sambutan Krismas di pejabat kerajaan dan melibatkan penyertaan umat Islam sebagai tidak wajar.
Sementara itu Nga menasihati Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya menghormati bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan pemilikan sijil halal.
Beliau berkata Jemaah Menteri sebelum ini membuat ketetapan iaitu kerajaan hanya menggalakkan pengusaha perniagaan berasaskan makanan dan minuman untuk memohon sijil halal tanpa sebarang paksaan.
“Saya tegaskan tidak boleh paksa (mendapatkan sijil halal), kita (cuma) menggalakkan. Saya nasihatkan PBT harus hormati, minta nasihat daripada JAKIM,” katanya.
Nga mengulas langkah kerajaan negeri Kelantan yang mensyaratkan pemilik dan pengusaha premis berasaskan makanan serta minuman memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked