TRAGEDI KEPALA AIR: ABANG SYUKUR MAYAT ADIK DIJUMPAI, AKAN DIKEBUMIKAN DEKAT PUSARA IBU
Mayat Muhammad Fikri ditemukan 9.20 pagi tadi oleh pasukan pencarian selepas hampir seminggu dihanyutkan arus deras kepala air ketika pemuda dari Batu Pahat Johor itu berkelah bersama keluarga tunangnya di jeram berkenaan pada 1 Julai lepas.
Shahrizal Saliman, 40, menunggu di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi proses pengecaman berhubung penemuan mayat lelaki yang dijumpai terdampar di tebing pasir, dua kilometer dari lokasi tragedi kepala air di Jeram Air Putih, hari ini. –fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
CHUKAI: Shahrizal Saliman, 40, abang kepada Muhammad Fikri Saliman, 24, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di sini tidak dapat menahan sebak apabila dikhabarkan mayat adik bongsunya itu berjaya ditemukan hari ini.
Mayat Muhammad Fikri ditemukan 9.20 pagi tadi oleh pasukan pencarian selepas hampir seminggu dihanyutkan arus deras kepala air ketika pemuda dari Batu Pahat Johor itu berkelah bersama keluarga tunangnya di jeram berkenaan pada 1 Julai lepas.
“Alhamdulillah, berkat hari Jumaat yang mulia ini, akhirnya adik saya berjaya ditemui dalam keadaan… perginya… saya tak boleh cakap apa-apa, saya bersyukur,” katanya sambil menahan kesedihan ketika ditemui media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.
Shahrizal berkata jenazah adiknya itu akan dikebumikan berhampiran pusara ibunya, Zaiton Rasib, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat.
Menurutnya kenderaan membawa jenazah adiknya akan bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas solat Isyak malam ini dan dijangka tiba di kampung halaman mereka pada waktu Subuh nanti.
Shahrizal telah berada di Pusat Kawalan Operasi di sini sejak Selasa bagi mengikuti rapat perkembangan pencarian adiknya dan sembilan lagi mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
Semalam, selepas diberikan kebenaran khas oleh pihak berkuasa untuk masuk ke kawasan pencarian, anak ketiga daripada lima beradik itu mengambil peluang melaungkan azan sebagai ikhtiar agar adiknya dan seorang lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, ditemukan.
“Pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk solat hajat dan saya serta keluarga sentiasa berdoa adik saya ditemui. Mungkin adik saya ‘mendengar’ laungan azan saya semalam,” katanya.
Pada masa sama, Shahrizal turut berterima kasih kepada pasukan pencarian daripada pelbagai agensi, badan bukan kerajaan dan penduduk kampung yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari keenam.
Dengan penemuan mayat Muhammad Fikri itu, kini operasi diteruskan bagi mengesan satu lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin.
Terdahulu, jenazah lapan sekeluarga yang ditemukan sebelum ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu lepas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager