Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT LELAKI WARGA INDONESIA DALAM BUT KERETA, TUJUH LAGI DITAHAN

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI WARGA INDONESIA DALAM BUT KERETA, TUJUH LAGI DITAHAN

Polis menahan tujuh lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia, dalam keadaan berbungkus dengan plastik hitam dan terikat dalam but sebuah kereta di tepi jalan berhampiran Taman Sri Orkid, Seksyen 30, pada Selasa.

SHAH ALAM: Polis menahan tujuh lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia, dalam keadaan berbungkus dengan plastik hitam dan terikat dalam but sebuah kereta di tepi jalan berhampiran Taman Sri Orkid, Seksyen 30, di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Anak Embol berkata kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia, dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.

Sebelum ini Bernama melaporkan, polis menahan empat suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.

Kesemua suspek direman sehingga 10 Julai itu, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu, selepas orang awam yang melalui kawasan berkenaan tercium bau busuk daripada sebuah kereta Honda City berwarna hitam, yang dikatakan berada di lokasi itu selama beberapa hari.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading