Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MAUT MOTOSIKAL BERGESEL LORI

DALAM NEGARA

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MAUT MOTOSIKAL BERGESEL LORI

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut dalam nahas motosikal dan dua buah lori di Taman Tengku Anis Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, semalam.

KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut dalam nahas motosikal dan dua buah lori di Taman Tengku Anis Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, semalam.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang itu disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata, mangsa telah menunggang motosikal dari rumahnya menghala ke Pasir Mas untuk mengisi minyak di Petronas Gaung, kira-kira jam 2.45 petang.

Katanya mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang berada di laluan utama menghala ke Pasir Mas.

“Akibat pergeselan itu, mangsa jatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori lain kerana jarak yang terlalu dekat dengan lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari uni.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading