Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USTAZ AZRAIE TANAM MINAT ANAK MENGAJI AL-QURAN MELALUI TARANNUM

DALAM NEGARA

USTAZ AZRAIE TANAM MINAT ANAK MENGAJI AL-QURAN MELALUI TARANNUM

“Kita hendak menanamkan minat bacaan al-Quran itu sebenarnya agak susah. Antara pendekatan yang kami buat adalah melalui tarannum dan kebetulan isteri saya juga qariah dalam bidang tarannum, kami bersama-sama mendidik anak-anak kami.

KUALA LUMPUR: Alunan surah ad-Dhuha yang dibacakan Ustaz Azraie Abdul Hak dan sekeluarga menarik perhatian penonton dalam program realiti terbitan TV AlHijrah, Akademi Qurra’ pada Sabtu lalu.

Bacaan surah ad-Dhuha itu dimulakan Azraie Abdul Hak, 43, kemudian disusuli isterinya, Sarrul Munirah Haris, 40 dan dua anaknya ‘Arifah Azraie, 12 dan Ahmad Azfar Azraie, 10.

Ahmad Azfar sebelum ini dinobatkan Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria, manakala kakaknya ‘Arifah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) 2022.

Azraie dan isterinya pula pernah dinobatkan Johan Qari dan Qariah Tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka pada 2021.

Dalam pada itu menurut Azraie, beliau dan isteri mengambil pendekatan untuk menanamkan rasa minat anak-anak mengaji al-Quran dengan melagukan bacaan atau bertarannum.

“Kita hendak menanamkan minat bacaan al-Quran itu sebenarnya agak susah. Antara pendekatan yang kami buat adalah melalui tarannum dan kebetulan isteri saya juga qariah dalam bidang tarannum, kami bersama-sama mendidik anak-anak kami.

“Tarannum al-Quran ada naik dan turun, bila kita baca akan ada rasa halawatul tilawah, rasa manis dalam bacaan,” katanya semasa ditemu ramah dalam program Akademi Qurra’.

Mereka sekeluarga dijemput sebagai tetamu khas dalam program realiti mengaji al-Quran itu minggu lalu.

Akademi Qurra’ bersiaran langsung pada Sabtu jam 9 malam, di TV AlHijrah yang juga disiarkan menerusi platform Facebook TV AlHijrah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading