Connect with us

ALHIJRAH NEWS

USTAZ HARRYANTO RIZAL DIKEJARKAN KE HOSPITAL, KINI DIRAWAT DI ZON MERAH

UTAMA

USTAZ HARRYANTO RIZAL DIKEJARKAN KE HOSPITAL, KINI DIRAWAT DI ZON MERAH

Penceramah bebas dan personaliti TV, Ustaz Harryanto Rizal dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami masalah kesihatan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah.

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas dan personaliti TV, Ustaz Harryanto Rizal dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami masalah kesihatan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh pensyarah dan pendakwah terkenal, Prof. Dato’ Dr Haji Mohd Izhar Ariff menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini.

“Ustaz Harryanto Rizal dikejarkan ke Hospital Sg Buloh dan kini berada di Zon Merah. Segala program ceramah yang terlibat ditangguhkan sementara waktu,” katanya.

Mohd Izhar turut mengajak orang ramai mendoakan kesihatan pendakwah berkenaan agar dipermudahkan segala urusan dan segera diberikan kesembuhan.

Setakat ini, punca Harryanto dimasukkan ke hospital serta keadaan kesihatannya belum didedahkan.

Ustaz Harryanto dikenali ramai menerusi penglibatannya dalam pelbagai program termasuk di TV AlHijrah serta siaran khas Lembaga Tabung Haji, sekali gus menjadikannya antara pendakwah yang dekat dengan masyarakat.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading