Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO DAN MESEJ TULAR GANGGU SIASATAN POLIS

DALAM NEGARA

VIDEO DAN MESEJ TULAR GANGGU SIASATAN POLIS

KUALA LUMPUR: Video dan mesej lucah yang tular didakwa melibatkan seorang pendakwah menganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata tindakan menyebarkan mesej dan video berkenaan telah mengganggu proses melengkapkan kertas siasatan.

Tambah beliau pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berhubung perkara tersebut termasuk siasatan ke atas individu yang menyebarkan video serta mesej lucah itu.

“Pihak polis menasihatkan pada mereka di luar sana agar menghormati siasatan yang sedang dijalankan ke atas penceramah tersebut,” katanya.

Polis semalam mengesahkan telah membuka siasatan berhubung penularan video serta mesej lucah di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Siasatan berhubung perkara itu turut dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading